DATA PRIVASI

SYARIKAT MILIK PENUH MENTERI KEWANGAN DIPERBADANKAN (MKD)

Notis Privasi

JKP Sdn. Bhd. (JKPSB) adalah anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan menghargai privasi individu berkenaan data peribadi. Kami berusaha untuk melindungi data peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) yang telah berkuatkuasa pada 15 November 2013. Notis Privasi ini menerangkan jenis data peribadi yang kami kumpul daripada anda, bagaimana data peribadi anda akan digunakan dan dilindungi, pihakpihak yang kami kongsikan dan dedahkan data peribadi, dan pilihan yang anda ada termasuk untuk mengakses, membetulkan dan mengemaskini data peribadi anda.

Data Peribadi / Maklumat Yang Dikumpul

Kami menghargai hubungan perniagaan kami dengan anda dan adalah penting untuk kami meminta anda memberikan data dan maklumat tentang diri anda (“Data Peribadi”) bagi membolehkan kami memasuki urus niaga komersial dengan anda atau menyampaikan notis, perkhidmatan dan produk berhubung dengan perniagaan kami. JENIS DATA PERIBADI ANDA Data peribadi anda yang kami ambil berkaitan dengan perkhidmatan dan produk yang ditawarkan oleh kami. Data Peribadi yang dikumpulkan mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada:-

  • Nama Penuh;
  • Nombor Kad Pengenalan;
  • Bangsa;
  • Agama;
  • Jantina;
  • Status Kerakyatan;
  • Status Pekahwinan;
  • Pekerjaan;
  • Pendapatan;
  • Jumlah Tanggungan;
  • Majikan;
  • Nama Pasangan;
  • Pendidikan; dan
  • Butiran Akaun Bank

** Senarai ini mungkin termasuk lain-lain Data Peribadi bergantung kepada jenis urus niaga atau transaksi.

Maklumat peribadi anda juga mungkin kami perolehi dari sumber-sumber lain termasuk tetapi terhad dari mana-mana pihak seperti mana-mana agensi kredit, agensi awam, majikan anda, penjamin dan sumber lain di mana JKPSB mempunyai akses.

Tujuan Pengumpulan Data Peribadi

Data Peribadi tersebut akan dikumpul dan diproses oleh kami untuk tujuantujuan berikut: Untuk menilai keperluan anda bagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami;

  • Untuk tujuan pemasaran, promosi dan penyampaian maklumat berkenaan perkhidmatan kami menerusi medium perhubungan seperti risalah, e-mel, surat atau menggunakan kaedah telekomunikasi (panggilan telefon, pesanan ringkas (sms) atau aplikasi sembang sosial) atau media sosial internet sama ada pada masa kini atau di masa hadapan kepada anda;
  • Untuk menyediakan dan melaksankan perjanjian / kontrak yang diperlukan dengan anda;
  • Untuk mengekalkan rekod para pelanggan kami dan bakal pelanggan bagi tujuan dalaman seperti audit, analisa data, penyelidikan pasaran dan penyimpanan rekod dalaman;
  • Untuk menilai dan menyiasat kredit, latar belakang kewangan dan apabila dianggap perlu;
  • Untuk menilai dan memproses permohonan anda di bawah manamana program atau mana-mana permohonan kerja;
  • Untuk tujuan pencegahan atau penyiasatan salah laku / jenayah sebagaimana yang diperuntukkan dalam peraturan / prosedur dalaman syarikat;
  • Untuk berkongsi Data Peribadi anda dengan pihak ketiga dan mematuhi mana-mana undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan peruntukkan perkhidmatan / produk kami dan untuk membuat pendedahan yang diperlukan di bawah kehendak mana-mana undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling, kod berkenaan kepada kami;
  • Untuk tujuan pemasaran dan aktiviti-aktiviti pemprofilan pelanggan berhubung projek-projek, produk-produk dan servis-servis terkini kami;
  • Untuk penyimpanan rekod dalaman kami;
  • Untuk memaklumkan milikan kosong, penyerahan kunci, pengurusan harta / hartanah, jagaan pelanggan dan kerja-kerja pembaikan kecacatan; dan
  • Untuk apa-apa transaksi komersial lanjut berkenaan projek-projek, produk-produk dan servis-servis kami.

Data Peribadi yang dikumpul akan disimpan oleh kami untuk jangka masa yang dibenarkan / dikehendaki di bawah undang-undang Malaysia yang boleh sampai tempoh selepas penamatan hubungan kontrak anda dengan kami.

Akses Kepada Maklumat

Anda mempunyai hak untuk:

  • Membuat sebarang pertanyaan atau aduan atau permintaan akses atau pembetulan Data Peribadi;
  • Menyampaikan kepada kami bantahan anda dengan penggunaan Data Peribadi bagi apa-apa tujuan yang munasabah;
  • Menarik diri, sebahagian atau sepenuhnya atau dalam kebenaran anda, tertakluk kepada apa-apa sekatan undang-undang yang terpakai, syarat kontrak dan tempoh masa yang munasabah.

Kami bersedia membantu anda untuk mengakses dan membetulkan data peribadi anda yang berada dalam milikan kami. Sekiranya anda berhasrat untuk mengakses atau membuat pembetulan, pemadaman atau pengemaskinian mana-mana data peribadi anda dengan kami, anda boleh berbuat demikian dengan mengemukakan suatu permintaan bertulis atau menghubungi JKPSB melalui: JKP Sdn. Bhd. No. 128, Bangunan Menara UMNO, Jalan Macalister, 10400, Georgetown, Pulau Pinang. Tel:1 800 22 1180 Faks:04-228 1056 Email:This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. Walau bagaimana pun, JKPSB mempunyai hak untuk menolak permintaan proses yang tidak munasabah atau akses yang mana tidak dikehendaki selain oleh undang-undang.

Kegagalan Menyediakan Data

Data Peribadi yang diberikan kepada kami adalah kesemuanya bersifat sukarela dan kegagalan memberi Data Peribadi boleh menyebabkan kepada perkara berikut:

  • Ketidakupayaan pihak kami untuk merasmikan apa-apa kontrak / perjanjian / transaksi berhubung harta, produk dan perkhidmatan kami untuk memudahkan pembangunan atau urusan sumber manusia;
  • Ketidakupayaan kami untuk menyediakan anda dengan maklumat, notis, perkhidmatan dan produk yang diminta; dan
  • Ketidakupayaan untuk mematuhi mana-mana undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil dan garis panduan yang terpakai kepada kami.

Keselamatan dan Perlindungan Data Peribadi

Dalam mengekalkan keselamatan data peribadi anda dengan kami, kami memastikan bahawa:

  • Sistem kawalan keselamatan yang mencukupi dengan gabungan kawalan akses fizikal dan elektronik, teknologi “firewall” dan langkahlangkah keselamatan lain yang munasabah diambil untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan data peribadi anda;
  • Akses kepada data peribadi anda oleh kakitangan kami adalah berasaskan dasar perlu-tahu sahaja; dan Pembekal perkhidmatan, ejen atau kontraktor luaran pihak ketiga kami mematuhi dan mengamalkan piawaian keselamatan yang sama.

Penzahiran Data Peribadi

Data Peribadi anda yang kami perolehi berkemungkinan perlu didedahkan kepada pihak ketiga. Pihak ketiga yang Data Peribadi anda mungkin didedahkan oleh kami adalah seperti berikut:

  • Mana-mana orang yang diarahkan atau dipersetujui oleh anda;
  • Pihak ketiga yakni pihak yang diperuntukkan di bawah undangundang atau yang dikehendaki oleh suatu kuasa;
  • Pihak ketiga yang terlibat dalam memproses Data Peribadi bagi pihak kami termasuk tetapi tidak terhad kepada penyimpanan arkib, pembekal perkhidmatan kemasukan data, bank-bank dan institusi kewangan, juruaudit, perunding, peguam dan penasihat; dan
  • Mana-mana orang yang difikirkan perlu oleh kami yang terlibat dalam pemprosesan data dan pengurusan syarikat.

Penafian

Ketepatan dan kesempurnaan Data Peribadi anda bergantung kepada maklumat yang diberikan. Kami beranggapan bahawa maklumat yang diberikan adalah tepat, terkini dan lengkap kecuali dimaklumkan sebaliknya. Manakala, sebarang maklumat berkaitan pihak ketiga yang diberikan kepada kami seperti dan tidak terhad kepada majikan, rakan sekerja dan maklumat keluarga adalah dianggap oleh kami bahawa maklumat tersebut adalah tepat, terkini dan lengkap serta kebenaran pihak berkenaan telah diperolehi terlebih dahulu sebelum anda mengemukakan maklumat pihak ketiga tersebut kepada kami.

Pindaan Notis Privasi

Kami berhak untuk mengubah atau mengemaskini Notis Privasi ini dari masa ke semasa untuk menyelaraskan apa-apa perubahan sekiranya melibatkan halhal perundangan, operasi perniagaan kami dan polisi syarikat. Sebarang pindaan berhubung perkara tersebut akan kami paparkan dalam laman sesawang kami atau melalui apa-apa cara lain yang difikirkan sesuai.
Hubungi Kami
Dengan talian seperti berikut
1800-22-1180
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
+60-4-228 1056 / 228 1054
Daftar Sekarang
Daftar untuk permohonan baru
DATA PRIVASI
Hubungi Kami

1800-22-1180

Emel

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Hak Cipta Terpelihara 2017 JKP Sdn Bhd (350606-W).