LATAR BELAKANG

Perutusan Pengerusi

YBHG. DATUK SERI ZAINAL ABIDIN BIN OSMAN

YBHG. DATUK SERI ZAINAL ABIDIN BIN OSMAN
Pengerusi JKPSB

JKP Sdn. Bhd. (JKPSB) adalah sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan juga merupakan agensi pelaksana kepada Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) berperanan sebagai agensi yang bergiat aktif dalam membangunkan unit-unit kediaman dan komersial yang mampu dimiliki oleh bumiputera.

Permintaan yang tinggi bagi unit-unit kediaman telah menyebabkan pemaju swasta membangunkan perumahan mewah yang diluar jangkauan bumiputera, terutamanya di sebelah pulau. Keadaan ini berlaku kerana kuasa pembelian kebanyakan bumiputera adalah terhad.

Pulau Pinang merupakan antara negeri di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), berperanan sebagai penyumbang utama dalam sektor pembuatan dan pelancongan. Seiring dengan pertumbuhan tersebut, jumlah penduduk di negeri ini bertambah ekoran penghijrahan penduduk dari negeri-negeri berdekatan dan bermastautin di Pulau Pinang untuk mencari rezeki. Ini menyebabkan permintaan terhadap unit kediaman dan komersial meningkat dengan ketara.

Justeru itu, JKP Sdn. Bhd. (JKPSB) dilihat sebagai pemacu utama bagi pembangunan sektor hartanah di negeri Pulau Pinang dalam menyediakan perumahan mampu milik yang mampu dimiliki oleh golongan bumiputera di Pulau Pinang. JKPSB juga mampu bersaing dengan pemaju-pemaju swasta yang lain bagi menghasilkan projek-projek kediaman yang berprestij, moden serta di lokasi yang strategik tetapi dijual dengan harga yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh bumiputera. Walaupun di dalam situasi keadaan ekonomi yang gawat pada suatu ketika dahulu, JKPSB masih mampu membina dan menjual rumah-rumah kediaman kos rendah dan rumah mampu milik.

Pendekatan yang diambil oleh JKPSB, secara langsung memberi kesan positif bagi menangani isu kuasa pembelian dan pemilikan harta bumiputera secara amnya. Misi penubuhan JKPSB dengan halatuju yang nyata, bertindak memastikan peningkatan hakmilik bumiputera di Pulau Pinang ini selaras dengan dasar-dasar yang telah digariskan oleh Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP). Bagi memastikan peningkatan ini berterusan, JKPSB akan menambah pemilikan tanah untuk pembangunan masa hadapan.

Melangkah ke hadapan, JKPSB harus meneruskan agenda murni pembangunan bumiputera dengan berteraskan pendekatan yang inovatif dan mesra pasaran. Langkah-langkah yang dilaksanakan oleh JKPSB itu adalah berkesan dalam menangani isu kuasa pembelian bumiputera secara amnya dan diharap usaha murni ini diteruskan, diperbaiki dan dipertingkatkan lagi demi memartabatkan bumiputera di Pulau Pinang.

Akhir sekali, ucapan penghargaan ditujukan kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurusan dan seluruh Tenaga Kerja JKPSB atas sumbangan yang berterusan bagi sama-sama menjayakan hasrat memartabatkan ekonomi serta taraf hidup masyarakat bumiputera.

Hubungi Kami
Dengan talian seperti berikut
1800-22-1180
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
+60-4-228 1056 / 228 1054
Daftar Sekarang
Daftar untuk permohonan baru
DATA PRIVASI
Hubungi Kami

1800-22-1180

Emel

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Hak Cipta Terpelihara 2017 JKP Sdn Bhd (350606-W).