Pada 11 hingga 14 November 2024 telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Kunci bagi 160 orang pemilik projek Sarra Fasa 8 (2) & (3). Majlis bermula dari jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang dan berlangsung di Menara JKP. JKPSB juga turut mengadakan Majlis Penyerahan Kunci kepada 8 orang pemilik Kedai Pejabat 2 Tingkat Taman Seri Putera, Permatang Tok Mahat pada 15 Nov 2024. Tahniah kepada semua para pemilik rumah projek Sarra Taman Ilmu dan pemilik Kedai Pejabat Taman Seri Putera.